Prasarana Malaysia Berhad

Prasarana Malaysia Berhad (juga dikenali sebagai Prasarana) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut. Ia juga memiliki rangkaian bas yang digunakan untuk perkhidmatan bas di negeri Pulau Pinang. Dahulunya ia dikenali sebagai Syarikat Prasarana Negara Berhad sebelum bertukar nama kepada Prasarana Malaysia Berhad atau Prasarana, pada Julai 2014.[1]

Prasarana Malaysia Berhad

Industri Pengendali pengangkutan awam
Laman web rasmi www.myrapid.com.my
Bilangan kakitangan 8,500+
Tokoh penting Tajuddin Abdul Rahman,
Pengerusi
Muhammad Nizam Alias,
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Datin Hajjah Norlia Haji Noah,
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi)
Mohd Rafizee Abdul Rahman,
Ketua Pegawai Kewangan
Rafizah Amran,
Timbalan Ketua Divisyen Komunikasi & Pemasaran Strategik
Ibu pejabat Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Keluaran Pengangkutan awam - transit aliran ringan, monorel, transit aliran bas, bas pengantara, bas henti-henti dan feri
Kini:
Masa depan:  RTS 
Ditubuhkan 11 September 1998; 22 tahun yang lalu (1998-09-11)
Jenis Berhad, awam